“Siapa suruh kau lari tadi..” Bapa dah cuba selamatkan anak disambar buaya. Ramai berang dengan suara perakam


“Siapa suruh kau lari tadi..” Bapa dah cuba selamatkan anak disambar buaya. Ramai berang dengan suara perakam

NGERI dan memilukan!

Begitulah gambaran yang dapat diberikan tentang seorang bapa yang didakwa hanya mampu melihat anaknya dibaham seekor buaya.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Melalui satu hantaran asal yang tular di akaun Facebook MY Lahad Datu, mangsa dan bapanya dipercayai sedang berkayak apabila disambar buaya.

          

Dia dilihat hanya merenung jauh ke arah tasik yang menjadikan anaknya korban sambil bertinggung di gigi air tasik itu.

Dalam satu video lain yang dimuat naik di ruangan komen, dipercayai rakaman sebuah dron, dapat dilihat buaya itu sedang meratah jasad mangsa yang sepertinya tidak lagi bernyawa.

Video seterusnya yang dimuat naik menunjukkan ketegangan di antara bapa mangsa dan perakam video itu.

Berdasarkan beberapa komen warga tempatan yang memahami dialek Sabah, bapa mangsa dikatakan sedang meminta sebatang rokok untuk menenangkan dirinya.

Kedengaran juga seperti perakam menyalahkan bapa mangsa di atas kejadian itu.

“Siapa suruh kau lari tadi, kan dah kena makan buaya,” kata perakam.

       

Semakan mStar di akaun Facebook rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu mendapati kejadian tersebut telah disahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK), Asmori Dahhiarsyah menyatakan kejadian berlaku di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah.

“Seorang mangsa telah berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang lagi masih belum dijumpai.

“Mangsa yang diselamatkan dilaporkan mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu sedang menjalankan operasi Search and Rescue (Surface) bersama agensi bantuan Polis Marin menggunakan bot di kawasan kejadian,” kata Asmori.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyelar tindakan perakam yang tidak menunjukkan simpati terhadap bapa yang baru kehilangan anaknya.

Tonton Video :

Sumber Mstar