Hilang Selama Empat Hari, Anak Trkejut Jumpa Mayat lbu Disumbat DIm Peti Sejuk Belakang Rumah


Hilang Selama Empat Hari, Anak Trkejut Jumpa Mayat lbu Disumbat DIm Peti Sejuk Belakang Rumah

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan ngeri apabila disumbatkan ke dalam peti sejuk di belakang rumahnya di wilayah Phitsanulok, Thailand.

         

       

Dalam pada itu, si anak turut memberitahu ibunya menghidap penyakit mental sehingga menyebabkan dia terpaksa mengambil ubat serta sering dirawat di Hospital Buddhachinaraj.

Suami mangsa, Teerayut Sawannaphruek, mengatakan bahawa dia dan isterinya sempat bertengkar sebelum wanita berkenaan melarikan diri.

Ujarnya, mangsa tidak marah disebabkan pergaduhan itu kerana masih memasak makanan seperti biasa, namun pada keesokan harinya, mangsa telah melarikan diri serta meninggalkan nota untuk si suami.

“Saya minta maaf, saya tak dapat menjadi isteri yang baik. Saya terpaksa tinggalkan awak untuk bayar hutang-hutang saya. Saya akan ke Bangkok supaya awak lebih selesa.”

Difahamkan, keluarga mangsa turut mengakui wanita terbabit telah membuat pinjaman dan diancam oleh pemberi pinjaman kerana tidak membayar hutang. Bukan itu sahaja, mangsa pernah cuba untuk mengakhiri hayatnya dengan mengambil ubat secara berlebihan.

Susulan daripada itu, Pegawai Polis Wat Bot, Kol. Wisut Klaisaeng mengatakan punca kematian mangsa masih tidak jelas dan dianggap sebagai kes pembunuhan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Buddhachinaraj untuk proses bedah siasat.

“Baca kisahnya pun aku musykil, rasa mcm suami dia je yg bunuh. Berbelit2. Kan dh lari, knpa mayat dlm peti blkg umh plak..” – Nurul Syuhadah

“Mcm ada sesuatu…larikan diri tp jumpa dlm peti..aishh” – Kasma

“anak pulak tu yg jumpa . xleh bayang dah trauma dia mcm mana” – Aina

“Xkan ank2 xtrfikir nak cri stu rmh??tkut ade unsur khianat ja..urmm” – Amanina

Sumber : Thaiger