“Umur baru 12 tahun dah jadi makwe..” Tukang buruh di Machang kantoi rogoI teman wanita, budak bawah umur

“Umur baru 12 tahun dah jadi makwe..” Tukang buruh di Machang kantoi rogoI teman wanita, budak bawah umur

KOTA BHARU: Seorang buruh berdepan dua pertuduhan merogol ‘teman wanitanya’ yang juga kanak-kanak bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, pada Khamis.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

              

Tertuduh didakwa merogol seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun pada pukul 4 pagi di sebuah bilik di Kampung Dalam Huma Batu 23 Labok, Machang.

Sementara bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan amang seksual di lokasi yang sama, masing-masing pada pada 17 Oktober dan 19 November lepas.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Baharuddin.

Sehubungan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara selama hampir 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 3 Januari depan.

“Main dgn bawah umur (walau suka sama suka sekalipun), tetap akan dicas rogol. Berani buat berani tanggung.. hadap laa..” – Wan Wan

“biar sama2 rela tp kalau masih bawah umur tu jd kes rogol. pergi mana2 tu bawa la otak skali..” – Asyikin

“Teman wanita 12tahun? Alahai dik.. nape mudah ko terpedaya dgn lelaki durjana ini” – Fatimah

Sumber Awani