Tegur konsert acara hiburan, bekas lmam MasjidiI Haram dipenjara 10 tahun


Tegur konsert acara hiburan, bekas lmam MasjidiI Haram dipenjara 10 tahun

Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus hukuman penjara 10 tahun terhadapnya dikekalkan.

RAKAMAN VIDEO HUKUMAN ADA DI BAWAH SEKALI

               

Jurucakap Dawn, Abdullah Alaoudh mengecam hukuman penjara lantaran keberanian beliau bersuara menentang pembaharuan yang dilakukan di Arab Saudi.

“Mereka ditangkap hanya kerana menyatakan pendapat secara aman. Penindasan ini perlu dihentikan terhadap semua orang tanpa pengecualian,” katanya.

Penahanan itu dilakukan ketika Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman meneruskan usaha mereformasi masyarakat Arab Saudi dengan menahan berpuluh-puluh ulama dan imam terkemuka yang mengkiritk agenda pembaharuan.

Antara ulama lain yang pernah ditahan ialah Salman al-Odah yang menyeru rakyat Arab Saudi mendamaikan perbezaan dengan Qatar selepas Riyadh mengetuai sekatan ke atas negara teluk itu.

“Astaghfirullah. Petanda tanda2 kiamat sugra semakin jelas. Allahuakbar. Semoga kita Dilindungi daripada fitnah2 akhir zaman.” – Juhar

“Alhamdulilah..bahagian Imam dah selesai berani menyatakan kebenaran …tiba masa azab yg pedih akan diterima pada pemerintah yang zalim” – Paklong

“MasyaAllah Allahuakbar… ambil lah pengiktibaran dari apa yang terjadi.. Ulama d jatuhi hukuman penjara kerana menegur tentang konsert Haram.. Allahuakbar..amat menakutkan Dan mengerunkan bahawasanya Kiamat hampir sangat2 dengan kita…semoga kita semua bangkit dari tidor yang Lena Dan kembali kepada Allah yang satu.” – Rafiah

“Bila Kebenaran ITU tidak dpt diterima akal oleh pemerintah yg menganggap arus kemodenan ITU lebih baik…Yg PASTI akan melorongkan Negara Beliau ke arah kehancuran tanpa Redha Allah SWT…” – Seroja

“Sedihnya..Xpeelah kurang² kat akhirat nanti..dia takkan ditanya Allah..Dia dh buat apa yg perlu dia buat, insyaallah dekat penjara nanti Allah bantu permudahkan urusannya.Semua Allah dah tentukan nasib seseorang kan.kita doa yg terbaik u beliau.” – Nora

Tonton Video :

Sumber Astro