Najib Minta Siasat Abah, Dakwa Rakyat Kerugian RM320 Juta. Sekali Netizen Perasan Sesuatu..
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan dia tidak takut sama sekali untuk disiasat berhubung dengan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak yang mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @beritakini8 di laman TikToknya, Pengerusi Perikatan Nasional itu menjawab dakwaan tersebut di hadapan penyokongnya di sebuah lokasi.
Dalam video tersebut, Muhyiddin menegaskan supaya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum ini hadir ke pejabatnya untuk menjelaskan mengenai dana RM600 bilion tersebut.
Katanya, dia tidak gentar sama sekali untuk memberi kerjasama bagi menjalankan siasat berhubung kes penyelewengan tersebut dan akan hadir ke mahkamah pada bila-bila masa sahaja.
“Hang (Anwar Ibrahim), panggil je Zafrul pergi ke pejabat hang pagi esok. Hang tanya betul-betul, aku ada ke ‘tapau’ RM600 bilion? Semua dia akan beritahu pada hang.
“Kalau ‘tapau’ aku boleh hadap mahkamah pada bila-bila masa sahaja. Tapi wallahi wabillahi watallahi satu sen pun wang itu saya tak ambil. Bukan duit saya, itu duit rakyat jelata. Saya bukan Zahid Hamidi,” tegasnya.
Tiada angin tiada ribut,kecoh di platform Twitter bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi ciapan dimuat naik, Najib memetik nama seta mempersoalkan ‘sebab’ kerajaan yang dulunya di bawah kepimpinan Muhyiddin membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia iaitu HSR KL- Singapore.
“Siasat juga kenapa HSR KL-Singapore dibatalkan kerajaan Muhyiddin untuk digantikan dengan KL-JB yang menggunakan teknologi ERL,”ujarnya.
Selain itu, beliau juga mendedahkan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Singapura.
“Selain kerajaan bayar pampasan RM320 juta pada Singapura, kerajaan Muhyiddin juga sedia bayar pampasan RM5.7 bilion ke RM7.7 bilion pada syarikat ERL milik YTL,”dedah Najib.
Difahamkan, ciapan berkenaan mendapat perhatian Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbul lagi satu dakwaan pula dah?! Tapi, persoalan sekarang siapa ambil alih akaun Twitter Najib Razak memandangkan beliau sekarang sedang berdepan dengan hukuman penjara?
Terdahulu, Muhyiddin Yassin mengatakan terdapat segelintir pihak mendakwa beliau menyeleweng dana kerajaan bernilai RM600 bilion. Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan berkenaan selain bersiap sedia untuk mereka menjalankan siasatan terhadapnya.
TONTON VIDEO : KLIK LINK DI SINI
Sumber: Twitter @NajibRazak