“Ramai yg menentang..” Selepas melantik Zahid sebagai TPM, Anwar lbrahim akhirnya jelaskan kenapa DSZH yg menjadi Timbalan. Rupanya ini sebabnya



“Ramai yg menentang..” Selepas melantik Zahid sebagai TPM, Anwar lbrahim akhirnya jelaskan kenapa DSZH yg menjadi Timbalan. Rupanya ini sebabnya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan mengapa beliau melantik Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebagai timbalannya dalam Kabinet.

PENGUMUMAN DSAI YG RAMAI SETUJU TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Beliau berkata, pelantikan Presiden UMNO itu dibuat berdasarkan beberapa faktor, biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan sedang menjalani perbicaraan kes di mahkamah.

                 

       

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap desakan beberapa pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik yang tidak mahu Ahli Parlimen Tambung itu melantik melantik barisan Kabinet yang mempunyai kes di mahkamah.

Antara yang ditegaskan mereka adalah gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.

Ahmad Zahid kini berdepan 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Beliau bagaimanapun dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah berkait Sistem Visa Luar Negara (VLN) pada 23 September lalu, namun pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan untuk kes terbabit.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengulangi gesaan supaya semua ahli politik, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan harta dan aset masing-masing.

“Apabila saya dicabar ketika berkempen (Pilihan Raya Umum Ke-15) dulu, saya kata sama-samalah kita isytihar (harta). Saya sanggup isytihar harta dalam dan luar negeri.

“Saya juga mahu setiap orang (politik), termasuk Ketua PN (Muhyiddin) isytihar hartanya di Malaysia, Australia dan beberapa negara lain, tetapi (setakat ini) tiada jawapan,” katanya.

 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jemaah Menteri bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat.

Ia selaras dengan prinsip Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan perbelanjaan dan menumpukan kepada pemulihan ekonomi negara.

Bagaimanapun dasar itu akan disemak semula selepas ekonomi negara kembali pulih.

“Jemaah menteri setuju sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

“Ia akan dibuat sehingga ekonomi pulih. Tapi kalau ekonomi pulih ambil masa tiga tahun, kita akan review semula. Pemotongan gaji sepatutnya tidak wajar.

“Saya berterima kasih di atas kesediaan mereka melakukan sedikit pengorbanan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Sumber BH