“Kami Akan Rampas, dan Kembali Memerintah” – Shahidan Yakin Kabinet Akan Runtuh. Rupanya Ini Yg Berlaku
Ahli Parlimen Arau iaitu Shahidan Kasim dalam sidang media selepas kempen Pakatan Nasional (PN) di Padang Serai memberi gambaran kabinet yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama.
“Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan kabinet Anwar Ibrahim. Kita redalah apa yang berlaku,”katanya.
“Namun dari segi gabungan, PH menjadi gabungan terbesar dengan 82 kerusi, berbanding PN dengan 73 kerusi.
“Kerajaan yang dipimpin Anwar pada masa ini terdiri daripada gabungan PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa pihak lain,”jelasnya.
Malah, Shahidan juga menyifatkan bahawa barisan jemaah menteri yang diumumkan Anwar terdiri daripada mereka yang tiada pengalaman dan kurang kepakaran.
“Yang pertamanya, kurang kepakaran pada pandangan mereka. Itu sebab mereka terpaksa lantik orang kalah untuk jadi menteri.
“Padahal orang kalah ini orang sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar memimpin lagi. Dia jadi pengikut sudahlah atau pun jadi senator biasa,”ujarnya.
Shahidan berkata, ramai Ahli Parlimen hebat tidak dilantik terutama di kalangan UMNO dan DAP untuk menerajui kementerian-kementerian penting.
“Mungkin dia (Anwar) anggap mereka ini tidak pandai ataupun tidak pakar, hingga terpaksa lantik mereka yang kalah,”jelasnya lagi.
Dikesempatan itu, beliau memaklumkan sekiranya terdapat rakan-rakan dari UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan lagi, mereka dari PN bersedia menerima dan mempercayai mereka.
Sumber: Malaysiakini