Innailaihi, Yatt Hamzah Sebak Meraung Dan Risau Tiga Anaknya Jatuh Sakit Serentak.

Innailaihi, Yatt Hamzah Sebak Meraung Dan Risau Tiga Anaknya Jatuh Sakit Serentak.

Innailaihi, Yatt Hamzah Sebak Meraung Dan Risau Tiga Anaknya Jatuh Sakit Serentak


"Suci Hafyaa Medina dapat pneumonia. Dalam paru-paru kanannya ada jangkitan kuman. Pertama kali anak saya dapat ini. Kasihan dia tak boleh makan minum apa pun. Masuk saja makanan dan minuman habis keluar balik. Tak sampai hati tengok dia kerap sangat muntah sudah berbelas kali. Jadi doktor puasakan dia dan 24 jam dipantau serta rawatan.

"Saya ini paling lemah bila anak-anak sakit. Tak tahan sebak tengok mereka tapi depan dorang tak boleh menangis kena kuat. Masa berseorangan terus meraung memohon Allah kasihankan mereka," kata pelakon Yatt Hamzah, 41, yang sebak apabila tiga anaknya jatuh sakit serentak selepas mengalami batuk, demam dan selesema.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah paling kasihan terhadap anak ketiganya, Suci Hafyaa Medina, 4, kerana terpaksa ditahan di wad akibat jangkitan paru-paru. Kelmarin, Yatt berkongsi berita tiga anaknya termasuk Suci Hawa Zulaikha, 2, dan Sayf Mohammed Zubayr yang berusia tujuh bulan jatuh sakit serentak.

"Memang sekarang musim budak-budak mudah jatuh sakit kan. Bertabahlah wahai ibu bila anak-anak sakit berjemaah begini. Lekas sembuh ya anak-anak bonda," ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Untuk makluman, Yatt berkahwin dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 6; Suci Hayfaa Medina, 4; Suci Hawa Zulaikha, 2; dan Sayf Mohammed Zubayr.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 10; hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.