Hilang sejak pagi Ahad, Rosmali akhirnya ditemui meninggal dunia dalam MPV. Salam takziah buat keluarga
KUALA NERUS: Seorang pemandu e-hailing ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna di tepi jalan Kampung Tok Jembal di sini semalam.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Mayat, Rosmali Abdul Rahman, 44, yang disyaki mengalami serangan jantung ditemui isterinya di tempat duduk pemandu MPV kira-kira jam 7.15 malam.
Wanita itu juga keluar mencari mangsa yang kemudian menemui kereta suaminya dan ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.
“Tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber BH
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin