“Zahid tiada hak untuk tentukan..” Sangat mengejutkan, kehadiran lsmail Sabri untuk pembentukan keraajan PH BN jadi perhatian. Akhirnya ini yg berlaku


“Zahid tiada hak untuk tentukan..” Sangat mengejutkan, kehadiran lsmail Sabri untuk pembentukan keraajan PH BN jadi perhatian. Akhirnya ini yg berlaku


Kuala Terengganu: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur diri secara bermaruah berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

                  

Pada PRU-15 semalam, BN hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi Parlimen yang ditandingi selain Perikatan Nasional menyapu bersih kerusi Parlimen di Terengganu dan Kelantan, berbanding 79 kerusi dimenangi pada PRU-14.

Mengulas lanjut, Najmil Faiz berkata, kekalahan teruk BN itu membuktikan Umno menjadi korban disebabkan tindakan pemimpin yang menjadikan parti sebagai ‘tebusan’.

“Kita kecewa dan sedih kerana segala kebaikan dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seolah tidak bermakna di mata rakyat.

“Kekalahan teruk itu membuktikan rakyat tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pemimpin yang rakus dan ego,” katanya.

Najmil Faiz berkata, pemimpin parti yang mengeluarkan kenyataan untuk memberi pandangan dituduh sebagai pengkhianat.

Katanya: “Ke manakah hala tuju BN selepas ini dan adalah akan menyertai jajaran baharu bersama PN dan PH (Pakatan Harapan?

“Berundurlah wahai Ahmad Zahid dengan bermaruah supaya tiada ruang untuk kerjasama Umno dan PH.”

 

KUALA LUMPUR: Hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan biro politik tidak mempunyai hak untuk memutuskan mengenai perkara itu.

“Presiden tiada hak, biro politik pun tiada hak.

“Hanya MT BN saja boleh membuat keputusan,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Beliau bersama beberapa kepimpinan BN dilihat sudah tiba di Hotel Seri Pacific, di sini, dipercayai bagi mengadakan pertemuan dengan wakil Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan campuran.

Sehingga kini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, sudah tiba di Hotel Seri Pacific bagi tujuan itu.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat sudah tiba.

Ketika ditanya mengenai jemputan pertemuan ini, Ismail Sabri berkata, beliau dijemput Setiausaha UMNO Pahang.

“Semua Ahli Parlimen Pahang, dijemput,” katanya.

Sumber BH