“MaIapetaka akan berlaku..” Mahathir akhirnya tertunduk, tiada seorang pun Ahli Pejuang menang malah turut kehilangan
Langkawi: Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 11,225 undi.
7. Anwar ialah orangnya yang menuduh orang Melayu utamakan hanya kaum mereka, iaitu mereka adalah racist.
8. Anwar juga dianggap liberal dan tidak menolak cara hidup bebas yang diamal di Barat.
9. Perikatan Nasional akan pilih Mahiaddin sebagai PM. Mahiaddin ialah orangnya yang melaksana rebutan kuasa melalui pintu belakang.
10. Dia juga dikatakan terlibat dengan rasuah berkenaan kontrak pelajaran dengan YTL.
11. Ketiga-tiga kumpulan ini akan mencetuskan huru-hara dan malapetaka jika mereka menjadi Kerajaan Malaysia.
12. Jika rakyat Malaysia ingin elak dari malapetaka apakah pilihan rakyat?
13. Sehingga kini penulis dan media sosial mengenepi dan menolak Gerakan Tanah Air yang bertanding dengan nama Pejuang Tanahair kerana GTA tidak didaftar oleh Kerajaan.
14. Pejuang mampu dipilih menjadi Kerajaan.
15. Pejuang meletak 125 calon dan jika disokong, Pejuang boleh membawa perubahan kepada politik negara.
16. Pemimpin dan calon Pejuang bersih dari segala jenayah dan berpengalaman dalam pentadbiran.
17. Janji Pejuang ialah untuk mendiri Kerajaan yang bebas dari rasuah dan pencurian wang Kerajaan.
18. Pejuang akan pegang kepada perundangan (The Rule of Law) dan Perlembagaan.
19. Pejuang mempunyai perancangan untuk pulih ekonomi, mengurus kewangan dengan baik, menstabilkan politik dan mengembali negara sehingga jadi Asian Tiger.
20. Pejuang bukan parti kecil. Pejuang juga bukan baru dari segi politik dan pentadbiran.
21. Di waktu ini hanya Pejuang sahaja yang berslogan Bersih, Cekap dan Beramanah.
22. Pilihlah Pejuang jika negara ingin elak dari huru-hara dan malapetaka.
23. Kita sudah lihat apa yang telah terjadi apabila, BN, PN dan PH memerintah.
24. Elak dari yang boleh dielak dengan memberi peluang kepada Pejuang Tanahair.
25. Jika tidak sebagai Kerajaan Pejuang sebagai rakan besar dalam pakatan (coalition) dengan yang bersih akan bawa banyak kebaikan.
Tun M antara 369 calon Parlimen hilang wang deposit
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Beliau yang bertanding di Langkawi atas tiket Pejuang gagal mempertahankan kerusi itu untuk penggal kedua apabila hanya memperoleh sebanyak 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertandingan lima penjuru.
Selain Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), antara pemimpin kanan Pejuang turut hilang wang pertaruhan adalah anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr Abd Ghani Ahmad, manakala Timbalan Pengerusi GTA Datuk Marzuki Yahya gagal merampas kerusi Sungai Petani daripada Pakatan Harapan (PH).
Pilihan raya paling getir ini juga turut menyaksikan beberapa ‘nama besar’ lain kehilangan wang deposit mereka antaranya bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin apabila hanya meraih 4,589 undi dan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin (1,939 undi).
Selain nama besar pemimpin dan parti, antara calon selebriti dan aktivis sosial hilang wang pertaruhan adalah pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertanding di Parlimen Port Dickson mewakili GTA dan calon Bebas Abdul Rani Kulup Abdullah.
Sementara itu, jumlah calon paling banyak kehilangan wang deposit dalam satu kawasan Parlimen adalah kerusi tumpuan di Parlimen Batu apabila lapan daripada 10 calon bertanding hilang wang pertaruhan.
Mereka adalah calon Bebas Siti Zabedah Kasim, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau juga dikenali Cleopatra, Chua Tian Chang (Tian Chua), Too Cheng Huat; Wan Azliana Wan Adnan (Pejuang), Naganathan Pillai (Warisan), Mohd Zulkifli Abdul Fattah (Parti Rakyat Malaysia) dan Datuk A Kohilan Pillay (Barisan Nasional).
PRU kali ini juga menyaksikan calon PH Gobind Singh Deo memperoleh jumlah undi tertinggi 142,875 untuk kerusi Parlimen Damansara mengalahkan dua pencabar yang kesemuanya kehilangan wang pertaruhan.
Sementara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Roy Angau Anak Gingkoi menang dengan majoriti terkecil hanya 100 undi apabila mendapat 6,644 undi dalam pertarungan empat penjuru menyaksikan seorang calon hilang deposit.
Bagaimanapun, 369 calon ini tidak membabitkan dua kerusi iaitu Kota Marudu, Sabah yang tidak dapat diumumkan kerana masalah cuaca manakala Baram, Sarawak disebabkan proses pengundian di 11 pusat mengundi digantung ekoran keadaan cuaca tidak baik.
Sementara itu, Dewan Undangan Negeri (Dun) menyaksikan sebanyak 129 daripada 441 calon yang bertanding dalam tiga pilihan raya negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak hilang wang deposit.
Bagi membolehkan mereka bertanding, calon perlu mempertaruhkan wang deposit sebanyak RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Dun.
Sumber : HM
