Seorang lbu di Baling terkejut anak tingkatan dua lahirkan anak
Seorang lbu di Baling terkejut anak tingkatan dua lahirkan anak
BALING: Seorang ibu terkejut apabila mendapati anaknya yang berusia 14 tahun sarat mengandung selepas dibawa ke hospital selepas remaja berkenaan mengadu sukar membuang air besar, semalam.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian 4.30 petang itu, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah dibawa ibunya ke Hospital Baling namun wanita berusia 40-an itu terkejut apabila doktor memberitahu anaknya mengandung dan bakal melahirkan anak.
Sumber berkata, ketika kejadian wanita terbabit juga ada mendakwa yang dia melihat cecair jernih atas tilam di ruang tamu tempat tidur anaknya namun remaja itu memberitahu yang dia terkencing.
“Bagaimanapun, wanita terbabit yang bimbang selepas melihat darah yang meleleh di paha anaknya terus membawa remaja berkenaan ke hospital.
“Ketika tiba di hospital ibu pelajar itu baru mengetahui yang anaknya sudah sarat dan selamat melahirkan bayi perempuan,” katanya.
Menurut sumber, susulan daripada laporan polis itu polis mengambil keterangan daripada pelajar berkenaan dan dia mendakwa ada melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia 20-an yang juga tinggal di kampung sama dengannya.
“Mangsa mendakwa dia ada melakukan hubungan seks dengan rela sebanyak tiga kali bersama dua lelaki terbabit sejak Februari lalu selepas mengenali mereka melalui rakan perempuan di sekolahnya.
“Remaja itu bagaimanapun mendakwa dia mengesyaki anak yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan seorang daripada lelaki terbabit kerana mendakwa mereka kerap melakukan hubungan seks selepas itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan.
“Setakat ini, kita masih mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya.
“Allahu… Budak ape tau.. umur 14 tau.. tempoh umur remaja yg serba serbi ingin mencuba. Dan berseronok.. belum capai pmikiran matang.. xboleh salahkan anak. Sb kita ibu bapa xpantau.. ambik tahu dgn siapa mreka brkawan..kemana mereka pergi.. penggunaan gajet pn kene pantau. Skrg byk apps yg bleh download utk kenal2.. tinder laa..omi laa.. pantau. Sb lewat umur remaja.. giatkan aktiviti seharian dia slain skolah.. gi tusyen ke.. pegi hantar kelas melukis ke.. silat ke..apa2 lah.. supaya dia xhanyut dlm pengaruh sosial dan rakan sebaya.” – NiaNara
“Beratnya dugaan n tgjwb sbg ibubapa zaman ni..Msykt pun mainknkn peranan penting… Ada anak prmpn, risau di’rosak’kan… Ada ada lelaki, risau me’rosak’kan… Pentingnya didikan agama n akhlak… Wallahualam ” – Lyn
“Allahu.. akupun ade ank pmpuan sdg ningkat remaja. Takutnya dgn dunia hari ini. Moga Allah mudahkn aku mndidik anak2ku & lindungi drp keaiban. Moga si ibu tabah hadapi dugaan hebat ini & dpt membesarkan cucu dgn sebaiknya..setiap ujian itu pasti ade hikmah disebaliknya..” – Lynda
Sumber BH