Kejadian Pagi ini Konon bercuti untuk mengundi.. Dua pelajar IPT kena cekup berkhaIwat di hotel bajet.


Konon bercuti untuk mengundi.. Dua pelajar IPT kena cekup berkhaIwat di hotel bajet.


SUNGAI PETANI – Sepasang kekasih yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan antara empat pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di sini awal pagi ini.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Pasangan penuntut dalam bidang pergigian berusia lingkungan 20-an itu
dicekup dalam operasi khas mencegah mungkar bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi tadi.

             

Operasi dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda hasil maklumat orang awam dan risikan.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu bilik hotel di Bakar Arang selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Kita terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel untuk membuka bilik itu selepas 30 minit memujuk mereka.

“Pasangan terbabit memberi alasan lewat membuka pintu kerana sedang bersiap untuk balik ke asrama penginapan selepas selesai berbincang tugasan universiti di dalam bilik itu,” katanya di sini hari ini.

Penuntut perempuan berasal dari Taiping, Perak dan pasangannya dari Selangor kemudian ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana berkhalwat.

“Tengah Bersiap Pakai Seluar Dalam dan Bra…Buat Malu Kaum Ja..Takda Benda Lain nk Buat.” – Anas

“Kesian mak bapak menanggug malu seumur hidup. Mereka susah payah mencari rezeki suruh anak2 belajar menuntut ilmu hingga berjaya tapi darah muda tak fikir dosa pahala mereka lakukan. Habis belajar dah ada kehidupan nak kahwin tiada siapa menghalang dik oi.” – Zainab

“Anak muda yang menghormati privasi individu lain akan menolak parti yang gemar mengaibkan anak muda….” – Suludya

“Orang bagi balik suruh celup jari tu dgn dakwat biru, ni tak ko pergi celup benda lain” – Rohaizad

 

 

Sumber Kosmo