“Kami dah lama tahu tp sekarang.. Ayah tk pilih kami..” ND lala tk dapat dhubungi selepas Nikah Baru, Ini yg Trpaksa Anak lakukan
“Kami dah lama tahu tp sekarang.. Ayah tk pilih kami..” ND lala tk dapat dhubungi selepas Nikah Baru, Ini yg Trpaksa Anak lakukan
Penyanyi Syada Amzah tampil menulis surat secara terbuka buat Dato’ ND Lala selepas menyatakan dia dan adik-beradik yang lain kini tidak dapat lagi berhubung dengan bapanya.
Surat terbuka buat bapa. Menerusi hantaran dibuat di laman Instagram, pemilik nama Nursyuhada Amir Hamzah berkata dia dan adik-beradik yang lain terpaksa menerima hakikat bahawa bapanya sudah pergi sekali lagi dengan memilih orang lain berbanding terus menetap bersama mereka sekeluarga.
“Kepada ayah, tiada lagi foto kamu mulai hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada sesiapa yang mempunyai akses untuk berhubung dengan kamu.
“Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62.
Terima kasih atas semua pengorbanan membesarkan kami empat
beradik,”tulisnya. Kami terima ayah pilih untuk pergi..
Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah pengakuan Syada yang juga
adik kepada penyanyi Shila Amzah mengatakan mereka empat beradik sudah
dapat menerima hakikat bahawa bapa memilih untuk pergi bersama orang
lain.
Mewakili adik-beradik saya (kakak, Shila Amzah, Shafiq, Syahir dan saya), kami dah terima hakikat apabila ayah pilih untuk pergi, lagi sekali, ayah tak pilih kami. “Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya dah jelas. Semoga itu semoga ini dengan hidup yang ayah pilih. Selamat hari raya,”titipnya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah keretakan rumah tangga penyanyi terkenal 80-an, Dato’ ND Lala dan isterinya, Datin Fauziah Sarman lebih-lebih lagi dengan kehadiran orang ketiga.
Malah, pendedahan itu dibuat oleh Fauziah sendiri di laman Instagram peribadi miliknya bahawa suaminya telah berkahwin seorang lagi dengan wanita bernama Siti Munirah Ab Gahani.
Sumber : oh my medla