Innalillahiwainnailaihirajiun Khabar Duka Dari Ezad Lazim telah Meninggal Dunia Si ... (Baca Artikel Penuh)



Penyanyi, Ezad Lazim reda ketentuan Ilahi dengan pemergian adik bongsunya, Mohd Rizal Mohamad Lazim, 35, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru jam 3.15 petang, hari ini.

Mohd Rizal yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, sejak minggu lalu ditidurkan oleh doktor kerana jantung bergerak laju serta dikesan ada jangkitan kuman dalam darah pada 18 September lalu.

“Saya tak dapat pun berjumpa arwah walaupun sudah sampai ke Kedah, semalam. Ahli keluarga saya yang lain juga tidak dapat melawat arwah sepanjang dia sakit dan dirawat di hospital,” 

– Ezad Lazim
Adik Ezad Lazim Meninggal Dunia, Terkilan Tak Dapat Bertemu Buat Kali Terakhir

Ezad memaklumkan adiknya itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas kurang sihat hampir sebulan akibat demam yang tidak menentu, namun ia bukan disebabkan jangkitan Covid-19.

Ezad berkongsi berita duka pemergian arwah Mohamad Rizal yang berusia 35 tahun menerusi laman Instagram dan Facebook.

Adik Ezad Lazim Meninggal Dunia, Terkilan Tak Dapat Bertemu Buat Kali Terakhir

Ezad berkata, jenazah arwah perlu menjalani pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebelum dibenarkan dibawa pulang.

Allahyarham Mohd Rizal yang masih bujang bekerja sebagai kakitangan kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Mohd Rizal juga tinggal bersendirian selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

Menurut Ezad, pengorbanan Allahyarham pada keluarga sangat besar kerana menjaga ibu bapa di kampung sehingga bapa mereka menghembuskan nafas terakhir pada 2019 dan ibu pula pada Ogos tahun lalu.