Inalillahi wa Inalillahi rojiun Pelakon Drama bersiri Gerak Khas melalui watak Inspektor Nizam menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pagi.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

 


PELAKON drama bersiri Gerak Khas melalui watak Inspektor Nizam iaitu Saiful Nizen Ayob atau Nizen Ayob, 33, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pagi tadi.

Bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim ketiga ini dipercayai meninggal dunia berpunca daripada kegagalan fungsi buah pinggang selepas mengalami demam denggi.


Pelakon, Salina Saibi, melalui Instagram berkata, dia dimaklumkan mengenai pemergian Nizen oleh kakak ipar arwah.


ALLAHYARHAM Nizen Ayob memegang watak Inspektor Nizam  dalam drama bersiri Gerak Khas. FOTO Ihsan Salina Saibi
ALLAHYARHAM Nizen Ayob memegang watak Inspektor Nizam dalam drama bersiri Gerak Khas. FOTO Ihsan Salina Saibi


"Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.


"Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor," katanya.


Sebelum ini, Nizen yang juga cucu seniman veteran Allahyarham S Roomai Noor pernah mendakwa di Instagram bahawa dirinya disihir pihak tertentu pada awal tahun lalu.


Nizen memuat naik beberapa keping foto berupa objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti serta paku berkarat selain kecederaan di dahinya ketika berubat.


Disebabkan masalah itu, Allahyarham pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi merawat penyakit misteri itu pada awal Mei tahun sama.