Innailaihi, Al-Fatihah. Datuk Mohd Salleh Abdul Majid Meninggal Dunia


Innailaihi, Al-Fatihah. Datuk Mohd Salleh Abdul Majid Meninggal Dunia

Innailaihi, Al-Fatihah. Datuk Mohd Salleh Abdul Majid Meninggal Dunia 



Innailaihi, Al-Fatihah. Datuk Mohd Salleh Abdul Majid Meninggal Dunia 


" Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.


" Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.


" Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.


" Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.


" Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.


" Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.


" Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.


" Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.


" Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio. "


- ALLAHYARHAM DATUK SALLEH MAJID

BERDASARKAN kedudukannya sebagai bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) Allahyarham Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid layak diberikan tawaran memegang pelbagai jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta.

Keupayaannya terbukti apabila Salleh berjaya menyerap cabaran di peringkat awal penubuhan BSKL pada 1980-an. Semua cabaran ini bukanlah mudah di atasi jika tanpa perancangan dan strategi yang rapi. Sesungguhnya BSKL cukup gah pada zaman Salleh Majid.


Senang cakap, Salleh juga boleh membolot kekayaan jika beliau mahu, tetapi beliau tidak berminat. Lelaki bertubuh tinggi dan kurus itu ada prinsip hidupnya tersendiri. Prinsip dan semangatnya mengatasi kepentingan untuk mengaut kekayaan peribadi. Oleh sebab itu, kehidupannya selepas tamat berkhidmat di BSKL Salleh cukup sekadar sebagi pesara biasa. Beliau bebas melakukan mengikut kehendak hatinya.


Banyak syarikat besar yang mempelawanya menjadi pengerusi syarikat, tetapi ditolaknya. Salleh tidak mahu “diperkudakan”. Beliau sendiri kecewa melihat banyak bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersara menjadi boneka orang lain. Menjadi pengerusi syarikat, tetapi hanya menjadi alat semata-mata untuk dapat kontrak kerajaan.


SECARA peribadi, aku meminati tulisan Salleh ini sejak dibangku sekolah lagi. Walaupun aku bukanlah di kalangan mereka yang ‘celik ekonomi’, belajar ekonomi pun hanya peringkat ‘basic’ masa sekolah dulu, tetapi arwah berjaya menulis dengan bahasa yang paling mudah sehinggakan kita yang tak tau apa kejadah pasal dunia kewangan pun boleh menghadamnya dengan senang sekali.

Itulah kelebihan Salleh.

Harga saham di BSKL ketika Mohd Salleh melambung berbanding sekarang.

Masa itu harga saham melambung naik sehingga ada yang mencecah paras RM140 untuk kaunter-kaunter tidak terkenal berbanding harga saham sekarang yang lebih murah daripada harga roti canai, tidak meningkat lagi. Itulah zaman kegemilangannya.


Bagi aku beliaulah genius Melayu dalam bidang ekonomi, seorang pejuang bangsa dalam skopnya. Memang betul, walaupun mempunyai kemampuan untuk kaya raya, arwah memilih menghambakan dirinya untuk hidup sederhana tetapi ‘berkat’.

Arwah lebih suka menulis, mengajar dan mencurahkan pengalaman dan kepandaiannya dalam bidang ekonomi kepada bangsa serta rakyat Malaysia daripada sibuk mengira ‘ringgit and cents’ sehingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Salleh melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan berjaya mendapatkan ijazah Bachelor dalam bidang perniagaan dari Ohio University dan Master dari Northern Illinois University. Salleh kemudian berkhidmat di ITM dan menjadi Head, Business School.


Beliau juga pernah menjadi ahli Lembaga Penasihat Akademik di Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia, dan terakhir Allahyarham dilantik sebagai Felo Utama di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Fakulti Ekonomi Pengurusan, UKM.

Sewaktu Salleh meninggal dunia lima tahun lepas, aku yang ketika itu masih dalam rawatan, sanggup ke rumah ibunya di Hulu Kelang untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada Allahyarham, seorang anak yatim yg aku anggap antara tokoh ekonomi tersohor yang kita ada selepas Engku Aziz.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Al-Fatihah.

Sumber : Syahril A. Kadir