Baru Sahaja Umumkan Barisan Kabinet Baru, Sekali Berlaku Sesuatu Di Facebook DSAI
Baru Sahaja Umumkan Barisan Kabinet Baru, Sekali Berlaku Sesuatu Di Facebook DSAI
PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian – Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli
Menteri KPKT – Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan – Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Menteri KDN – Saifuddin Nasution Ismail
Menteri MITI – Tengku Zafrul
Menteri Pengajian Tinggi – DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN
Menteri Wanita – Hajah Nancy Haji Shukri
Menteri KPDNKK – Salahuddin Ayub
Menteri JPM (Undang-undang) – Azalina Othman Said
Alam Sekitar – Nik Nazmi
Foreign Ministry – Zambry Kadir
KKOM – Fahmi Fadzil
Pendidikan – Fadhlina Sidek
Menteri Agama – Mohd Naim
Menteri KBS – Hannah Yeoh
Menteri kesihatan – Dr. Zaliha Mustafa
Anwar juga memaklumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.
BELAKU SESUATU DI FACEBOOK DSAI
“Alhamdulillah, saya telah mengumumkan senarai saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat.”
Post tersebut dipenuhi ribuan komen dari netizen:
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau sebenarnya ‘tidak cenderung’ untuk memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata satu pendekatan perlu dilakukan untuk memulihkan keyakinan terhadap ekonomi, peniaga dan pelabur asing.
“Saya fikir pada peringkat permulaan ini biar saya teruskan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata di Kementerian Kewangan beliau akan dibantu pasukan mantap terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, penjawat awam serta penasihat yang tidak membebankan kewangan kerajaan.
Katanya, urusan kerajaan di Kementerian Kewangan diterajuinya akan dibantu beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah dan diketuai Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican.
Anwar berkata demikian ketika ditanya media mengapa beliau memilih untuk memegang portfolio Menteri Kewangan ketika sidang media hari ini selepas mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini.
Pada 25 November lalu, Anwar dilaporkan berkata tidak akan mempertimbang untuk memegang portfolio Menteri Kewangan bagi barisan Kabinetnya, namun akan melihat segala kemungkinan sebelum membuat keputusan akhir mengenainya.
Ditanya penjimatan yang dapat dilakukan melalui saiz Kabinet yang kecil, Anwar berkata ia dapat dilakukan sekiranya pembaziran dapat dielak serta perbelanjaan sia-sia dikurangkan, dan ia akan dimulakan oleh Pejabat Perdana Menteri.