Tular lbu tunggaI terima Ysuku dari Ebit Lew, suami nafi sudah lama terpisah
Tular lbu tunggaI terima Ysuku dari Ebit Lew, suami nafi sudah lama terpisah
Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motosikal jenis Ysuku kepada seorang ibu muda yang bekerja sebagai Foodpanda Walker bagi memudahkan urusannya untuk menjalankan pekerjaannya.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Wanita yang dikenali sebagai Emy, 23 itu dimaklumkan merupakan seorang anak yatim dan mempunyai seorang cahaya mata. Dia juga dikatakan telah lama terpisah dengan suaminya dan tinggal berdua dengan anak sambil menjadi pembantu sambilan di sebuah restoran di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai
Namun begitu, menerusi ruangan komen posting yang dibuat oleh Ebit Lew di Instagram, seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya adalah suami kepada Emy menyatakan yang mereka baik-baik sahaja cuma status hubungan masih dalam proses mahkamah.
Menurut Fakhrul Rosli dia dan isteri tetap saling berhubung demi anak tersayang. Mereka turut tinggal berhampiran dan segalanya masih dalam proses mahkamah.
Penjelasannyaannya itu telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya menasihati pemuda tersebut supaya menjaga rumah tangga kerana mereka masih mempunyai anak kecil serta usia perkahwinan yang masih muda.
Jelas Fakhrul, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi menyayangi isteri dan akan mencuba yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.
“Yang saya faham dari keterangan suami dia, mereka masih pasangan suami isteri yg sah cuma tidak tinggal sebumbung. Belum dimuktamadkan lagi proses perceraian mereka. Status ibu tunggal hanya tepat sebaik perceraian berlaku. Motor yg ustaz bagi tu bolehlah si ibu tu guna untuk cari rezeki. Hidup kena move on sekarang. Ramai lagi lelaki yg menghargai wanita cantik contohnya saya.” – Mazlan
“Tolong la dik jgn la terima balik, suami yg baik tak da nya sanggup tgk isteri buat 2 kerja siang malam, bawa anak sekali. Selagi anak tu masih dgn kau dik, Allah dah lorong rezeki nya dgn you.
Ni baru 1 anak buat hal, tak kan nak tunggu anak berderet buat hal lagi. Jarang manusia nak berubah tau” – Zuliyana
“Dlm proses mahkamah tu kau anggap sjala suda bpisah…jgn la kau ckp msh baik2 sja. Jgn salahkn ustaz pulak. Isteri kau suda ckp mcm tu, xkn ustaz tu pigi siasat pulak turun Naik mahkamah utk mgesahkn status kmu. Tp klu msh bole bbaik, berbaik la utk mjaga anak tu sama2.” – Aurora
“Dlm post ustaz ada g tau..bpisah lama..tp msih dlm proses mahkamah..so means dia msih sah suami isteri kan?..cuma x sebumbung..sptut nafkah msh tgjwb suami dia lg kan.?..kesian isteri pulun kerja nk sara anak..maaf klu sy tsilap” – Syarifah
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Instagram EbitLew