Suami menangis pada malam pertama rindukan ibu, Pengantin perempuan jadi buntu


Suami menangis pada malam pertama rindukan ibu, Pengantin perempuan jadi buntu

Suami menangis pada malam pertama rindukan ibu, Pengantin perempuan jadi buntu

Suami menangis pada malam pertama rindukan ibu, Pengantin perempuan jadi buntu

Selepas melangsungkan pernikahan, golongan wanita lebih terkesan sehingga berasa sebak untuk ‘berpisah’ daripada ahli keluarga berbanding pasangannya.

Bagaimanapun, berbeza dengan pasangan pengantin baharu ini apabila lelaki pula yang menangis teresak-esak kerana teringatkan ibunya setelah selesai mengadakan majlis di siang hari.

Pengantin wanita, @sfitmly memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan suaminya mengesat air mata di atas katil dalam bilik tidur mereka.

Menerusi kapsyen pada video, @sfitmly menganggap mereka sepatutnya saling berkongsi kasih sayang pada malam pertama tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Beginilah nikah dengan anak tunggal satu-satunya (dalam keluarga),” kongsi pengguna TikTok Indonesia itu minggu lalu.

Video berdurasi hampir seminit itu memperlihatkan lelaki berkenaan seperti tidak senang duduk selain turut kedengaran suara isteri yang ketawa kecil seolah-olah buntu mengenang nasib suaminya.

Meninjau di ruangan komen, video meraih 1.7 juta tontonan itu mendapat 8,552 komen netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat lelaki tersebut.

Namun, ada juga segelintir individu meluahkan rasa kasihan dan berharap pengantin lelaki itu akan berjumpa dengan ibunya nanti.

Pulangkan kepada ibunya

Ibu pun mesti fikir pasal anak dia

Kasihan.. baru sehari dah ‘homesick’

Kelakar betul la…

Kalau dah bergelar anak tunggal, mesti ada hubungan yang rapat dengan ibu. Tak pernah berpisah, tapi lama-lama nanti jadi biasalah.

Sumber: TikTok @sfitmly