Sempat Jumpa Di Rumah, Bekas Suami Dedah Keadaan Nad ZainaI Sebelum Masuk lCU


Sempat Jumpa Di Rumah, Bekas Suami Dedah Keadaan Nad ZainaI Sebelum Masuk lCU

Kurang sebulan tampil dengan imej baharu mengenakan hijab, pelakon Nad Zainal mengejutkan ramai apabila diuji hidap jangkitan kuman di paru-paru.

RAKAMAN VIDEO PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Bahkan sejak Isnin lalu, Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.

        

               

“Maaf saya tengah serabut sekarang…mohon beri ruang untuk keluarga mendepani ujian ini dengan cekal”

Memetik portal Kosmo Online, Faliq dedahkan dirinya agak kelam-kabut sejak mendapat perkhabaran duka berkenaan.

Justeru dia memohon semua pihak agar memberi ruang buat ahli keluarga supaya tabah menghadapi ujian tersebut, sambil memaklumkan anak-anak kini berada di bawah jagaannya.

Terdahulu, Nad Zainal pernah mengadu dirinya hidap batuk berkahak akibat pasca Covid-19 hingga sukar untuk bekerja.

Sempat jumpa di rumah, masa tu pun dia lemah…anak-anak okay, cuma Yem ada ‘rasa-rasalah’ sebab nampak Nad masuk ambulans.

Faliq juga akui sempat bertemu bekas isterinya di rumah dan ketika itu dia sudah kelihatan lemah.

Disangka menghidap gastrik, namun pada malam yang sama juga Nad Zainal telah dikejarkan ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut.

Mengulas lanjut tentang anak-anak pula, mereka dikatakan okay kerana belum faham apa sebenarnya yang telah berlaku. Pun begitu, Fahad Ibrahim atau Yem mungkin dapat rasakan sesuatu terjadi apabila nampak ibunya diusung ke dalam ambulans.

Antara kata netizen :

“Akibat batuk yg lama mungkin…Allah…moga beliau pulih, sembuh segera dan diberikan syifa …Aamiin Ya Rab” – Asykin

“Alhamdulilah nad pon dah pkai tudung sblum sakit. Moga sihat & terus istiqomah. Ameen” – Farydiana

“Semoga cpat sembuh Nad but bila dia berlakon criter hati yang tersakiti da memang nampak muka dia pucat” – Maz Alik

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Kredit : IG faliqamirudin Kosmo Online & Astro Gempak