Selamba rempuh palang tol RFID, ramai sokong King Myvi – “Amik kau! Puas hati..”
Selamba rempuh palang tol RFID, ramai sokong King Myvi – “Amik kau! Puas hati..”
Sejak semalam, tular satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan seorang pemandu kereta Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di sebuah lebuh raya.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Video tersebut dimuat naik seorang pengguna laman Facebook, Adrian Tan sehingga menerima 7,400 tanda suka dan 7,200 perkongsian selain ribuan komen dalam kalangan netizen.
Berdasarkan rakaman berdurasi seminit 43 saat itu, kelihatan pemandu berkenaan berulang kali menggerakkan keretanya ke depan dan berundur ke belakang supaya sistem dapat mengesan pelekat RFID miliknya.
Bagaimanapun, tindakan tersebut tidak berjaya sebelum pemandu itu akhirnya nekad untuk melanggar palang tol sekali gus mengejutkan pemilik dashcam yang berada di belakang.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen dilihat berpuas hati kerana tindakan pemandu terbabit seolah-olah mewakili suara hati pengguna lain yang ‘bengang’ dengan sistem berkenaan.
Sebelum ini, ramai pengguna RFID menyuarakan pandangan bahawa sistem berteknologi itu tidak lancar sekali gus menyusahkan kerana mereka sering terperangkap dalam kesesakan teruk di plaza tol.
Tonton Video:
Sumber: Facebook Adrian Tan