Khabar Duka, Nur Susilawati meninggal dunia kemalangan Myvi rempuh belakang treler di lebuh raya pantai timur. Salam takziah buat keluarga
KUANTAN – Dua termasuk seorang wanita maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di Temerloh pada awal pagi Khamis.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Mangsa yang maut dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myyi dikenali sebagai Tan Wee Li, 39 dan Nur Susilawati Che Deraman, 35.
Pemandu dan penumpang treler dilapor selamat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 2.47 pagi.
Menurutnya, susulan maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh ke lokasi untuk bantuan kecemasan.
KEMALANGAN MYVI DAN TRELER MERAGUT 2 NYAWA DI KM 126 LEBUHRAYA PANTAI TIMUR
28.7.2022/02:47:52
2 mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa dilaporkan maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Produa Myvi dan sebuah Treler di KM126 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Timur awal pagi ini. Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 02:47 pagi ini sebelum mengarahkan sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh hadir ke lokasi bagi operasi penyelamatan.